Harian Metro

SEMUT MERAH ‘ATAS PAGAR’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Boleh disingkirk­an daripada Liga Super jika langgar syarat

PKNS FC tetap boleh disingkirk­an daripada menyertai Liga Super musim depan andai kelab itu melanggar mana-mana peraturan apabila bertindak bergabung dengan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBSMS).

Tindakan PKNS bergabung dengan PBSMS adalah usaha untuk melengkapk­an proses pendaftara­n liga namun apa yang menimbulka­n persoalan sama ada tindakan itu sah kerana mereka masih bergabung dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam mengesahka­n pihaknya sudah menerima dokumen lengkap penyertaan PKNS namun pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih memerlukan sedikit masa untuk meneliti status kelab itu.

“PKNS sudah menghantar semua borang sebelum tarikh akhir (semalam) dan mereka mematuhi segala syarat ditetapkan bagi menyertai liga tahun depan.

“Mereka turut menyertaka­n surat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) selepas bergabung dengan PBSMS. Jika semua surat ini mendapat pengesahan FAM, kita boleh terima penyertaan mereka,” katanya dalam sidang media semalam.

PKNS yang layak beraksi dalam Liga Super musim ini selepas muncul naib juara Liga Perdana musim lalu berdepan masalah dalam proses pendaftara­n selepas mereka tidak mendapat sokongan FAS.

Kelab Semut Merah itu bertindak bergabung dengan PBSMS untuk lari daripada kemelut FAS dan membuat pendaftara­n semula Rabu lalu.

Bagaimanap­un Kevin menegaskan mereka tidak akan membenarka­n mana-mana pasukan bertanding tanpa mematuhi peraturan.

“Kewujudan pasukan atau kelab perlu menerusi ahli gabungan. Jika PKNS tidak bergabung dengan mana-mana ahli gabungan, kami tak boleh terima mereka. Mungkin kami cari pengganti,” kata Kevin.

Tambahnya, andai itu berlaku, format perlawanan play-off kemungkina­n digunakan bagi mencari pasukan untuk mengisi tempat PKNS.

“Perkara ini perlu mendapat kelulusan ahli lembaga FMLLP terlebih dulu. Mungkin kita guna cara perlawanan play-off seperti ketika mencari pengganti LionsXII,” jelas Kevin.

Tahun lalu T-Team yang menduduki tangga ketiga Liga Perdana layak beraksi dalam Liga Super selepas mengatasi ATM (nombor 11 Liga Super) untuk mengambil tempat LionsXII.

 ??  ?? PKNS perlu patuh semua syarat untuk sertai Liga Super.
PKNS perlu patuh semua syarat untuk sertai Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia