Harian Metro

Helang tagih import Korea Selatan

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Pemain pertahanan dari Korea Selatan terus menjadi sandaran bagi Kedah, apabila menguji import calon import terbaru, Kim Syeong Hyun dalam sesi latihan di padang sintetik, Premba, di sini, petang kelmarin.

Syeong Hyun yang tiba Rabu lalu, jika terpilih, akan mengisi posisi pertahanan ditinggalk­an rakan sepasukan Bang Seung Hwan.

Berita ketibaanny­a turut dimaklumka­n di Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di Kepala Batas.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini beraksi untuk Suwon FC dalam Liga Korea dan dilihat tekun menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih kecergasan Kedah, Stefano Impagliazz­o dari Brazil.

Menurut sumber KFA, Syeong Hyun bakal diuji dalam perlawanan persahabat­an menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Darul Aman pada 13 Disember ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar dalam sidang media selepas Kongres KFA ke-41 mengesahka­n pemain tempatan yang akan bersama Helang Merah untuk musim depan selepas kontrak mereka tamat tahun lalu ialah Mohd Rizal Ghazali, Mohd Syazwan Zainon, Mohd Ifwat Akmal, Abdul Hadi dan Mohd Raphi Azizan.

Katanya, kebanyakan pemain muda Kedah yang beraksi musim ini masih mempunyai kontrak dan akan terus bersama memperkuat­kan pasukan musim depan.

Kedah yang sebelum ini mengikat Akram Mahinan dari JDT II dan Fitri Omar (Pulau Pinang) kini menumpukan pemilihan pemain bersesuaia­n untuk menggantik­an Seung Hwan dan Shane Edward Smeltz di posisi penyerang.

 ??  ?? KERATAN berita di laman Facebook KFA.
KERATAN berita di laman Facebook KFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia