Harian Metro

Minat masih ada

-

residen produksi itu.

“Sebenarnya saya tak terikat dengan mana-mana produksi dan bergerak bebas dalam industri. Drama Mawar Untuk

May melonjakka­n nama saya,” katanya mengimbas kenangan.

Menurutnya lagi, status sebagai anak kepada pelakon Ahmad B bukan satu laluan mudah untuknya bergelar pelakon kerana dia tetap menjalani uji bakat seperti orang lain.

“Bagi saya pembabitan dalam lakonan adalah kenangan manis yang akan diingati sampai bila-bila. Lagipun saya berlakon kerana minat dan bukan kerana mengejar glamor semata-mata.

“Tak dinafikan bapa saya dikenali ramai tapi itu bukan lesen untuk saya dapat tawaran berlakon dengan mudah.

“Lagipun kalau saya buat tak bagus, peminat takkan terima lakonan saya.

Jadi saya kena bersaing dengan pelakon yang ada dengan tunjukkan lakonan terbaik,” katanya.

Berkongsi perkembang­an terkini, Ainina atau nama sebenarnya Ainin Ahmad, 46, mengakui lebih senang menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding lakonan.

“Saya masih minat berlakon tapi masa tak mengizinka­n kerana perlu fokus pada bisnes serta dua anak iaitu Nur Arieana, 14, dan Nur Ara Elisya, 7.

“Saya tak boleh tinggalkan anak lamalama. Lagipun saya kena tengok watak kerana adakalanya tak sesuai.

“Baru-baru ini saya menjayakan telefilem Bella dan tampil sebagai ibu angkat yang garang. Saya jarang dapat watak begini.

“Ikutkan macam tak sesuai saya bawa watak jahat tetapi cuba juga buat yang terbaik. Alhamudlil­lah ramai penonton beri maklum balas positif,” katanya.

Ainina kini menguruska­n syarikat membuat papan tanda gergasi dan produk kecantikan serta kesihatan sendiri,

Gorgeous Candy.

“Peniagaan papan tanda gergasi saya berkongsi dengan seorang rakan manakala produk kesihatan milik saya sendiri.

“Saya bersyukur dengan apa yang ada dan hidup bahagia bersama anakanak.

“Paling menggembir­akan apabila ada peminat terutama di luar bandar masih kenal saya dan tetap menyapa apabila terserempa­k di manamana.

“Saya juga selesa dengan kehidupan sekarang kerana bebas bergerak ke sana sini tanpa jadi tumpuan ramai seperti dulu,” katanya.

 ??  ?? AININA bersama dua anaknya.
AININA bersama dua anaknya.
 ??  ?? KENANGAN ketika penggambar­an di Filipina.
KENANGAN ketika penggambar­an di Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia