Harian Metro

KELUARGA BESAR KEBANGGAAN SONG

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kehebatan Alex Song di tengah padang memang tidak boleh disangkalk­an lagi, namun tidak sehebat mendiang bapanya yang mempunyai lima isteri dan 28 orang anak termasuk dirinya sendiri.

Pemain yang dilahirkan di Douala, Cameroon ini mempunyai 10 adik-beradik lelaki dan 17 adik-beradik perempuan, yang mana dia menganggap ia aset paling berharga dalam kehidupan seharianny­a.

Song yang kini beraksi dengan Rubin Kazan dalam Liga Perdana Russia tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang memeningka­n tetapi menyenangk­annya apabila mempunyai banyak tempat untuk mengadu nasib atau meluahkan perasaan.

“Memang ia nampak kelakar tapi apabila saya bermasalah, saya mempunyai banyak tempat untuk mengadu ataupun berkongsi masalah,” katanya yang kehilangan bapa seawal usia dua tahun.

Bekas pemain Barcelona dan Arsenal itu juga mengakui dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesiona­l dan hanya fikir bagaimana untuk membantu keluarga besarnya.

Bagaimanap­un, ketika sudah berasa senang, Song mengakui dia berasa satu kehilangan yang amat besar iaitu tidak dapat mengenali bapanya dengan lebih dekat.

“Paling sedih apabila melihat anak saya, Nolan ketika berusia dua tahun mengajak saya bermain bola, ketika itu saya terbayang mendiang bapa saya walaupun saya tidak sempat mengenalin­ya.

“Inilah kehidupan, saya tidak sempat mengenali bapa saya dan hari ini saya mahu memberikan segalanya kepada keluarga saya begitu juga kepada abang, kakak dan adik-adik saya,” kata Song.

Keluarga besarnya sentiasa menjadi satu motivasi dan dia mengakui amat menyayangi semua 27 adik-beradiknya.

“Semua 27 adik-beradik saya amat penting buat saya. Saya sayang setiap seorang tanpa berbelahba­gi,” katanya yang juga anak saudara kepada bekas pertahanan sensasi Cameroon, Rigobert Song.

Song yang memulakan karier bersama Bastia turut menjadi watak penting ketika Barcelona muncul juara La Liga pada 2013 dan pernah beraksi pada Piala Dunia 2010 dan 2014 sebelum mengumumka­n persaraan di peringkat antarabang­sa tahun lalu.

 ??  ?? PROFIL
NAMA PENUH: Alexandre Dimitri Song Billong
TARIKH LAHIR:
9 September 1987 TEMPAT LAHIR: Douala, Cameroon TINGGI: 1.85 meter POSISI: Pemain tengah KELAB SEMASA:
Rubin Kazan
NOMBOR JERSI: 8 PASUKAN KEBANGSAAN: Cameroon (49 caps)
PROFIL NAMA PENUH: Alexandre Dimitri Song Billong TARIKH LAHIR: 9 September 1987 TEMPAT LAHIR: Douala, Cameroon TINGGI: 1.85 meter POSISI: Pemain tengah KELAB SEMASA: Rubin Kazan NOMBOR JERSI: 8 PASUKAN KEBANGSAAN: Cameroon (49 caps)
 ??  ?? GEMBIRA melayan kerenah adik-beradik.
GEMBIRA melayan kerenah adik-beradik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia