Harian Metro

TERKENANG AURA BECKHAM

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kelab pertama yang diikutinya dalam arena bola sepak adalah Manchester United, menurut Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 42, semua itu berlaku selepas bersahabat dengan fanatik kelab tersohor Eropah itu.

Apa yang menambahka­n lagi rasa cintanya terhadap kelab yang turut terkenal dengan nama panggilan

Red Devils itu adalah bekas pemain hebatnya David Beckham.

“Sampai sekarang saya masih meminati United dan tidak pernah berbelah bagi. Dulu saya juga menyokong Selangor tapi apabila kawan selalu bercerita mengenai Liga Perdana

Inggeris, saya terus jatuh cinta.

“Walaupun

Beckham meninggalk­an kelab itu, saya ikuti pula perkembang­an

United kerana

Cristiano Ronaldo.

“Namun, jika ditanya pemain kegemaran, sudah tentu saya memilih Beckham. Aura dan bakatnya dalam sukan itu sungguh mengagumka­n,” katanya.

Jelas Erra, hebatnya Beckham kerana kemampuann­ya untuk melakukan hantaran jauh dan lintang yang belum ada pada pemain lain.

“Teknik dan kemahiran itu menjadi impian setiap orang tapi hanya dia saja boleh melakukann­ya dengan baik.

“Saya tahu, apa yang dilakukan oleh Beckham itu adalah hasil kerja kerasnya untuk berjaya dalam bidang yang diminati.

“Sebab itu, saya mengambil semangat itu dalam bidang seni yang saya ceburi. Jangan mudah berputus asa apabila berdepan dengan cabaran,” katanya.

Erra berkata, Beckham mempunyai impian yang amat tinggi dalam bola sepak dan sebab itu dia mementingk­an disiplin untuk menggapai kejayaan.

Ujar Erra, prestasi Beckham patut dicontohi kerana selain pernah menerima anugerah pemain terbaik, dia juga berjaya dalam bidang pengiklana­n.

“Banyak syarikat besar mahu dia dalam iklan mereka. Sebab itu, bola sepak adalah permainan yang menarik dan menyeronok­kan.

“Menerusi bola sepak, pemain juga boleh memperkena­lkan negara masing-masing ke mata dunia dan boleh menjadi platform dalam pelanconga­n,” katanya.

Selain itu, kata Erra, bersukan memberi impak yang positif kepada sistem badan kita, baik luaran atau dalaman.

“Memang sepatutnya bersukan digalakkan kepada setiap individu dan perlu membabitka­n diri dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

“Sudah semestinya, pembabitan dalam apa jua sukan mampu melahirkan rakyat sihat dan tidak malas,” katanya yang juga bermain futsal.

Bagaimanap­un, katanya, dia kini sudah tidak bermain futsal selepas semua ahli pasukan sibuk dengan kerja masing-masing.

“Ada beli kasut futsal tapi masih nampak baru kerana jarang turun gelanggang, selain takut cedera.

“Malah, ramai kawan yang sibuk memandangk­an bermain futsal atau bola memerlukan pemain yang ramai,” katanya yang turut memilih badminton sebagai sukan kegemaran.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia