Harian Metro

LOS BLANCOS, ATLETICO NACIONAL PILIHAN JUARA

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Selepas berjuang habishabis­an untuk menjadi juara di benua masingmasi­ng kini tiba saat yang dinantikan buat tujuh pasukan berentap memburu kejuaraan Piala Kelab Dunia di Jepun.

Bermula dengan aksi sulung Khamis lalu pertemuan play-off antara juara Liga-J, Kashima Antlers menentang Auckland City dari New Zealand, esok bagi berlangsun­g dua lagi pertemuan suku akhir bagi mencari slot ke separuh akhir.

Aksi suku akhir esok menyaksika­n juara Asia, Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan bertemu juara CONCACAF, Club America dari Mexico manakala juara Afrika, Mamelodi Sundowns dari Afrika Selatan menanti pemenang antara Kashima Antlers dan Auckland City.

Bagaimanap­un, ramalan siapa akan menjulang trofi kali ini sudah tertumpu kepada Real Madrid yang hanya menunggu di separuh akhir bersama wakil Amerika Selatan, Atletico Nacional dari Colombia.

Real yang memiliki ramai pemain bintang dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke perlawanan akhir dan muncul juara edisi ke-13 namun berdasarka­n sejarah lalu turut berlaku kejutan terutama membabitka­n kelab dari Brazil.

Corinthian­s, Internacio­nal dan Sao

Paulo pernah muncul juara kejohanan ini menumpaska­n gergasi dari Eropah, manakala

LDU Quito (Ecuador), TP Mazembe (Congo) serta

Raja Casablanca (Maghribi) berjaya menjadi naib juara.

Kejohanan yang sentiasa mendapat rungutan dari kelab yang mewakili persekutua­n benua masing-masing kerana mengganggu perjalanan liga domestik ini tetap menarik perhatian peminat bola sepak berikutan kehadiran pasukan gergasi seperti Real

 ??  ?? EDU tonggak Jeonbuk.
ATLETICO Nacional bawa cabaran Amerika Selatan.
EDU tonggak Jeonbuk. ATLETICO Nacional bawa cabaran Amerika Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia