Harian Metro

Gaya klasik tapi murah

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Tunggul, batang kayu terpakai, batu-batuan sungai dan peralatan lama seperti lesung serta tempayan menjadi kekuatan landskap kediaman ini yang dilihat sarat dengan nilai estetika tersendiri.

Bijak menyusun atur setiap elemen hiasan, secara tidak langsung idea segar tidak hanya terletak pada pilihan tanaman sematamata.

Punyai tarikan luar biasa, kediaman Salmi Mohd, 45, di Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat ini menyingkap seribu satu rahsia alam.

Bayangkan dari laman, anjung hingga binaan wakaf daripada kayu terbuang menjadi mesej utama pentingnya merencanak­an taman tanpa mengeluark­an perbelanja­an besar.

“Cukup sekadar sumber alam yang ada di depan mata. Tidak kurang menariknya tunggul kayu menjadi tapak pasu atau aksesori taman digantung.

“Tidak mahu membazir dan ‘berlebih-lebih’ dalam mencipta landskap sendiri di rumah mendorong saya untuk kreatif asalkan sedap mata memandang,” katanya.

Sejak mendiami rumah itu 27 tahun lalu, idea landskap sentiasa berubah daripada tanaman berbunga hinggalah konsep bahan terpakai.

Hasrat wanita ini cuma satu, saban hari landskap yang dibina itu biarlah menarik dan menjadi terapi ketenangan sepanjang masa.

Malah Salmi juga lebih selesa menampilka­n landskap yang mempunyai kesinambun­gan dengan bahagian dalam rumah.

Lantas, sebuah kolam ikan yang di atasnya berasaskan ‘atap’ juraian tumbuhan hutan terletak bersebelah­an pintu masuk.

Tempat duduk rotan pelbagai guna juga berada di ruang itu bersama hamparan tikar mengkuang.

Situasi itu mengimbau kembali kehidupan masyarakat Melayu kita satu ketika dulu.

Lesung batu dan rebana pula turut menjadi hiasan tambahan di situ.

“Semuanya berada di sekitar pintu masuk supaya ia menjadi terapi mata biarpun dari ruang tamu.

“Elemen hiasan klasik, sumber alam seperti buluh dan tikar serta peralatan

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia