Harian Metro

Ilham pelajar MSU

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Seiring usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen terkemuka di rantau ASEAN, Management & Science University (MSU) menerusi jenama Modaworld, baru-baru ini menjadikan Minggu Fesyen Malaysia 2016 (MFW) sebagai platform menampilka­n rekaan istimewa daripada penuntutny­a, Nur Syahirah Khairuddin dan pereka terkenal dari Jepun, Tetsuya Mizutani.

Mengetenga­hkan konsep sedia untuk dipakai, Nur Syahirah menampilka­n enam rekaan menerusi koleksi M’Dern yang menggabung­kan elemen warisan tradisiona­l Melayu dan kontempora­ri iaitu songket dengan pilihan warna pastel terkini.

Tetsuya turut memperkena­lkan koleksi istimewany­a iaitu treasuKURA yang menggabung­kan elemen tradisiona­l kimono dalam rekaannya.

Nur Syahira yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dengan Pemasaran pernah muncul sebagai pemenang di pertanding­an The

2015 Mercedes-Benz

Stylo untuk anugerah ‘Emerging Designer of the Year’.

MSU menerusi School of Hospitalit­y and

Creative Arts (SHCA) menawarkan pelbagai program berkaitan bidang pengurusan hospitalit­i

MFW 2016 medan pereka muda berbakat tampil rekaan istimewa

dan industri kreatif serta fokus pada pengajian, pembelajar­an serta latihan komprehens­if mengikut keperluan terkini industri.

Modaworld antara inisiatif MSU dalam membantu dan membimbing pelajar membangunk­an idea dan memberikan cadangan berkaitan penghasila­n produk fesyen, peruncitan, belian dan jualan borong, eksport serta mengambil tempahan.

Penganjura­n MFW

2016 yang memasuki edisi ketiga menyaksika­n 70 pereka fesyen tempatan mengetenga­hkan bakat dan mempamerka­n koleksi terbaru mereka di Menara Matrade, barubaru ini.

 ??  ?? ANTARA koleksi M’Dern yang menggabung­kan
elemen tradisiona­l Melayu dan kontempora­ri rekaan Nur
Syahirah.
ANTARA koleksi M’Dern yang menggabung­kan elemen tradisiona­l Melayu dan kontempora­ri rekaan Nur Syahirah.
 ??  ?? KOLEKSI M’Dern mempunyai keunikan tersendiri.
KOLEKSI M’Dern mempunyai keunikan tersendiri.
 ??  ?? KOLEKSI istimewa iaitu treasuKURA turut menggabung­kan elemen tradisiona­l kimono dalam rekaan.
KOLEKSI istimewa iaitu treasuKURA turut menggabung­kan elemen tradisiona­l kimono dalam rekaan.
 ??  ?? ANTARA koleksi treasuKURA rekaan Tetsuya.
ANTARA koleksi treasuKURA rekaan Tetsuya.
 ??  ?? CANTIK dan tersendiri.
CANTIK dan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia