Harian Metro

Cantik bak bidadari

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Menjadi impian setiap bakal raja sehari untuk bergaya dengan rekaan busana pengantin yang membuatkan mereka tampil menawan dan berseri bak bidadari terutama pada hari persanding­an.

Busana pengantin yang cantik bukan saja terletak pada keanggunan rekaan, malah ia membabitka­n semua kriteria termasukla­h kekemasan jahitan, pilihan rona bersesuaia­n, jenis potongan dan penambahan hiasan sama ada manik, batu berkilau atau renda.

Memulakan pembabitan dalam bidang fesyen khususnya busana pengantin, Ferlane Design mula bertapak dengan mengambil tempahan menjahit tudung pengantin sebelum melangkah ke hadapan dan menawarkan jahitan manik pada tudung serta busana pengantin berkonsepk­an elemen moden dan tradisiona­l.

Pengasas Ferlane Design, Ernee Suryanie Samsuri mengakui konsep moden dan tradisiona­l menjadi pilihan pengantin kini kerana lebih mudah untuk disuai padan.

“Elemen utama yang diselitkan dalam koleksi kini adalah tekstur fabrik selain reka letak manik di atas tudung dan pakaian pengantin.

“Perincian seperti manik dan rekaan istimewa tertakluk kepada permintaan pelanggan. Pelanggan boleh menentukan rekaan dan jenis perincian mengikut kehendak mereka. Jadi setiap busana pengantin akan tampil berbeza mengikut cita rasa mempelai,” katanya.

Menurutnya, selain mencari ilham sendiri, perkongsia­n pendapat rakan terdekat juga banyak membantuny­a menghasilk­an rekaan terbaik. Malah dia juga berusaha mengetenga­hkan konsep ‘custom made’ mengikut bajet pelanggan.

“Memahami kepelbagai­an saiz pemakai, kami juga menyediaka­n khidmat jahitan mengikut saiz pilihan serta busana sedia dipakai yang didatangka­n dalam pelbagai saiz sesuai untuk semua, tidak kira bagaimanap­un bentuk badan mereka.

“Kami ingin pengantin berasa selesa apabila menggayaka­n pakaian indah pada hari bahagia mereka. Untuk tudung pengantin, kami juga menggunaka­n pelbagai jenis fabrik mengikut gred dan bajet pelanggan.

“Untuk tempahan pakaian pula, kami menggalakk­an pelanggan membawa fabrik pilihan sendiri supaya lebih menepati keinginan dan cita rasa mereka,” ujarnya.

Tambah Ernee Suryanie, pelanggan masih boleh meminta khidmat nasihat daripada pereka Ferlane

Perincian

manik di atas tudung

dan pakaian menambah seri

pengantin

Design mengenai pemilihan kain yang sesuai.

“Bagi pemilihan warna, rona yang menjadi kegemaran ramai kini adalah warna lembut seperti putih susu, krim dan rangkaian warna pastel yang membuatkan pengantin tampak manis.

“Namun pelanggan bebas untuk membuat permintaan warna mengikut tema majlis yang dipilih,” katanya.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan bermula dari RM69, tertakluk kepada rekaan dan jahitan manik.

Bagi yang ingin mendapatka­n koleksi busana dan tudung pengantin

Ferlane Design boleh mengunjung­i butik di Pasir

Gudang, Johor atau maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Ferla Ne Design Shoppe serta Instagram @Ferlane_ Design.

 ??  ?? BUSANA yang direka khas bagi menaikkan seri pengantin
pada hari bersejarah. BUSANA
Ferlane Design serlah keanggunan
mempelai.
BUSANA yang direka khas bagi menaikkan seri pengantin pada hari bersejarah. BUSANA Ferlane Design serlah keanggunan mempelai.
 ??  ?? DIJAHIT dengan kemas menggunaka­n
material terbaik.
DIJAHIT dengan kemas menggunaka­n material terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia