Harian Metro

AIR MATA BENTARA ISTANA

-

Suasana sedih selubungi perpisahan Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah dengan 574 kakitangan Istana Negara

Kuala Lumpur

Istana Negara semalam, diselubung­i suasana sedih dan pilu apabila 574 petugasnya menghadap dan bersalaman bagi mengucapka­n selamat berangkat kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah.

Baginda berdua mengakhiri tempoh perkhidmat­an sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-14, esok.

Rakaman alunan zikir dan selawat yang berkumanda­ng di ruang legar Istana Negara di sini, menambahka­n lagi rasa sayu warga istana itu yang akan berpisah dengan pemerintah kesayangan mereka sehingga ada yang menangis.

Malahan, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut menitiskan air mata sewaktu bersalaman dengan petugas sambil menitipkan kata-kata nasihat kepada mereka.

Ketua Bentara Istana Negara Rusli Asri yang berkhidmat dengan lapan Yang di-Pertuan Agong berkata, berpisah dengan setiap Yang di-Pertuan Agong setelah lima tahun bersama di Istana Negara merupakan saat yang amat sedih buatnya.

“Memang sedih setiap kali

Yang di-Pertuan Agong meninggalk­an kita. Sehinggaka­n sewaktu bersalaman dengan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah tadi, saya tidak boleh pandang wajah baginda berdua kerana terlalu sebak,” katanya.

Rusli yang telah berkhidmat di Istana Negara sejak 1981 sewaktu pemerintah­an Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkata, antara skop tugasnya ialah memayungi Tuanku Abdul Halim dan membentang­kan sejadah untuk baginda bersolat.

Beliau juga menyifatka­n Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah sebagai seorang raja dan permaisuri yang sentiasa mengambil berat terhadap petugas sehingga ada yang menganggap pasangan diraja itu sebagai ayah dan ibu mereka.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik

Abdul Rahman berkata, Tuanku Abdul Halim sentiasa mengingatk­an petugasnya supaya menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan penuh keikhlasan.

Katanya, baginda juga sangat prihatin akan hal ehwal kebajikan para petugas dan sering bertanyaka­n khabar mereka.

Pembantu Penyedia Makanan Istana Negara, Zaini Said berkata, antara kenangan manisnya bersama Tuanku Hajah Haminah adalah ketika bersama-sama memasak di dapur.

Katanya, Tuanku Permaisuri itu rajin memasak makanan kegemaran Tuanku Abdul Halim iaitu masakan kampung dan kuih tradisiona­l Kedah seperti kari, serawa pisang, laksa dan kuih lopis.

“Tuanku Permaisuri sering memberi tunjuk ajar terutama berkaitan hal di dapur seperti resipi masakan Melayu zaman dahulu,” katanya dengan linangan air mata. - BERNAMA

 ?? Rusli ?? Memang sedih setiap kali Yang di-Pertuan Agong meninggalk­an kita. Sehinggaka­n sewaktu bersalaman dengan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah tadi, saya tidak boleh pandang wajah baginda berdua kerana terlalu sebak”
Rusli Memang sedih setiap kali Yang di-Pertuan Agong meninggalk­an kita. Sehinggaka­n sewaktu bersalaman dengan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah tadi, saya tidak boleh pandang wajah baginda berdua kerana terlalu sebak”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia