Harian Metro

Dua pesawat tempur iring ke Kedah

-

Alor Setar: Dua pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM, akan mengiringi keberangka­tan pulang Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, sebagai Sultan Kedah esok.

Raptai penuh istiadat Perarakan Diraja dan Lambaian Kasih itu berlangsun­g di Kompleks Bunga Raya, di sini, semalam dan hampir selesai.

Pengerusi sambutan istiadat Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata, raptai penuh itu disertai lebih 200 individu daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion ke-6, Rejimen Askar Melayu Diraja.

Katanya, kepulangan

Sultan Kedah juga akan disambut dengan 21 das tembakan meriam kehormat dari Rejimen ke-3 Artileri Diraja di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), dekat sini.

“Kami sudah menyediaka­n dua pelan bagi istiadat terbabit, malah persiapan teknikal juga sudah selesai dan raptai hari ini (semalam) menunjukka­n semua yang dirancang berjalan lancar.

“Tuanku bersama Raja Permaisuri, Tuanku Hajah Haminah akan diiringi Menteri pengiring,

Datuk Seri

Mahdzir Khalid dengan pesawat membawa baginda diiring dua pesawat Sukhoi SU-30MKM dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya yang ditemui selepas raptai itu.

Mohd Tajuddin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan negeri berkata, Tuanku kemudian akan mengikuti acara perarakan dari lapangan terbang ke Istana Anak Bukit, dekat sini, sejauh kira-kira 4.7 kilometer (km).

“Sepanjang perjalanan dijangka lebih 15,000 rakyat negeri ini akan berbaris di sepanjang jalan bagi menyambut kepulangan baginda.

“Apabila tiba di istana, Tuanku akan disambut datuk-datuk bergelar Kedah di istana,” katanya.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua pada 13 Disember 2011 bagi menggantik­an Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Baginda diputeraka­n pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, dekat sini, dan adalah anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah

Tunku Sofia Tunku

Mahmud.

 ??  ?? WARGA Istana Negara bergambar kenangan bersama Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah, semalam. DIJANGKA lebih 15,000 rakyat Kedah berbaris di sepanjang jalan bagi menyambut kepulangan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah.
WARGA Istana Negara bergambar kenangan bersama Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah, semalam. DIJANGKA lebih 15,000 rakyat Kedah berbaris di sepanjang jalan bagi menyambut kepulangan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia