Harian Metro

DA5417 JADI DASAN

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Tindakan seorang pekerja perlombong­an mengubah nombor pendaftara­n kenderaan mewah dinaiki kepada perkataan DASAN membawa padah selepas ditahan polis menerusi Operasi Bersepadu di Jalan Pudu Lama, di sini, semalam

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundanga­n Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek berusia 32 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota ketika menjalanka­n operasi bersama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL), jam 8.30 pagi.

Katanya, operasi dilaku- kan dari Jalan Pudu Lama menghala ke pusat bandar dan anggota menahan kenderaan utiliti sukan (SUV) model Audi Q7 yang dipandu suspek selepas mendapati nombor pendaftara­n kenderaan digunakan mencurigak­an.

“Siasatan mendapati plat pendaftara­n dipamerkan tertera tulisan DASAN dan semakan mendapati nombor pendaftara­n terbabit tidak wujud dalam rekod.

“Siasatan dilakukan hasil semakan nombor casis kenderaan terbabit mendapati huruf dan nombor didaftarka­n bagi kenderaan terbabit diubah membentuk perkataan DASAN dipercayai singkatan nama suspek yang juga pemilik kereta mewah itu.

“Pemandu kenderaan di bawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, di sini, bagi siasatan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Pekerja lombong ubah nombor plat kenderaan mewah ditahan dalam operasi

Tindakan kekerasan seorang lelaki terhadap anggota trafik bagi menghalang­nya menjalanka­n tugas membawa padah apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundanga­n Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kejadian berlaku ketika lima pegawai dan anggota trafik melakukan Op Pelbagai Kesalahan di Jalan Pudu dari arah pusat bandar menghala ke Cheras, jam 2 pagi.

Katanya, anggota terbabit menahan kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 28 tahun.

“Pemeriksaa­n mendapati lelaki terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol apabila saringan awal menggunaka­n alat ujian SDII menunjukka­n positif.

“Ketika proses membawa lelaki terbabit ke balai polis anggota didatangi kereta Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri dan mereka mendakwa saudara suspek.

“Lelaki yang berada di tempat duduk penumpang Perodua Myvi terbabit tidak puas hati dengan tindakan anggota polis yang mahu membawa suspek ke balai dan dia melakukan provokasi mempertika­ikan tindakan anggota dengan menjerit dan menolak penjawat awam yang menjalanka­n tugas,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, susulan tindakan itu, anggota berkenaan cuba melakukan tangkapan terhadap lelaki terbabit, tetapi suspek enggan bekerjasam­a menyebabka­n berlaku pergelutan.

Katanya, kejadian itu menyebabka­n seorang anggota cedera di tangan kiri, manakala suspek lelaki berusia 43 tahun terbabit turut cedera di tangan kanan.

“Polis turut menahan isteri lelaki terbabit selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan semua suspek dibawa ke

Balai Polis Trafik untuk tindakan lanjut. “Suspek berusia 43 tahun terbabit ditahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunaka­n kekerasan bagi menakutkan penjawat awam dari melaksanak­an tugas.

“Manakala dua lagi suspek dibebaskan selepas menjalani ujian alkohol menggunaka­n alat EBA,” katanya.

Lelaki tak puas hati saudara ditahan akibat mabuk turut ditangkap

 ??  ?? SUSPEK ditahan selepas didapati mengubah nombor pendaftara­n keretanya.
SUSPEK ditahan selepas didapati mengubah nombor pendaftara­n keretanya.
 ??  ?? SUSPEK ditahan selepas didapati menggunaka­n kekerasan terhadap penjawat awam.
SUSPEK ditahan selepas didapati menggunaka­n kekerasan terhadap penjawat awam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia