Harian Metro

Mangsa ditemui bawah cerucuk

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Mayat pekerja warga Bangladesh yang ditimpa cerucuk konkrit yang tumbang ke laut di Westport, dekat sini, ditemui pagi semalam selepas tiga hari kejadian itu berlaku.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan selepas kejadian pada Rabu lalu menemui mayat mangsa dikenali Abul, 30-an di bawah cerucuk konkrit berkenaan jam 11 pagi semalam.

Abul antara tiga pekerja yang melakukan kerja memasang cerucuk konkrit di Westport.

Cerucuk berkenaan tumbang menghempas bot yang dinaiki mangsa serta dua pekerja lain.

Ketua Bomba Zon Klang Penguasa Bomba Amerhaizal Sahak berkata, kejadian berlaku ketika mereka memotong cerucuk konkrit.

“Seorang daripada mereka sempat melompat keluar dari bot manakala seorang lagi terjatuh ke laut namun selamat dan hanya cedera ringan,” katanya.

Amerhaizal berkata, mangsa turut terjatuh ke laut namun gagal ditemui dan sejurus kejadian operasi SAR dilakukan bagi mencari mangsa.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di bawah cerucuk konkrit.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di bawah cerucuk konkrit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia