Harian Metro

‘INI PALING TERUK’

- Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

„ Insiden pekerja hotel dibaling tuala di muka viral

“Sejak 24 tahun bekerja di hotel ini, insiden dibaling tuala di muka adalah yang paling teruk saya hadapi membabitka­n sikap dan kerenah pelanggan,” kata pekerja Hotel Syuen yang menjadi mangsa perbuatan biadab seorang pelanggan hotel yang membaling dua tuala ke mukanya ketika bekerja di kaunter pendaftara­n hotel berkenaan Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, pelanggan wanita terbabit dikatakan meluru ke kaunter dengan membawa dua tuala basah sebelum membalingn­ya tepat ke muka pekerja wanita berusia 50 tahun itu.

Pelanggan terbabit bersama keluargany­a turut dipercayai bertindak menyumbat beberapa tuala hotel ke dalam mangkuk tandas di bilik hotel yang dihuninya dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatan wanita itu serta gambar mangkuk tandas disumbat dengan tuala viral di media sosial sejak kelmarin.

Menceritak­an kejadian itu, pekerja yang berkhidmat sebagai Setiausaha Pengurusan Hotel Syuen dan enggan namanya didedahkan itu berkata, perbuatan pelanggan terbabit dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati selepas permintaan­nya dan keluarga untuk mendapatka­n tuala lebih tidak dilayan.

“Ketika itu, saya duduk di kaunter namun saya terkejut apabila dia secara tiba-tiba membaling muka saya dengan dua tuala basah sambil membebel.

“Pelanggan itu kemudian terus beredar. Permintaan­nya tidak dilayan kerana mereka dijadualka­n mendaftar keluar pada hari berkenaan dan sudah beberapa kali diberi tuala serta bantal tambahan selepas mendaftar masuk pada hari sebelumnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 ??  ?? GAMBAR tuala yang disumbat dalam mangkuk tandas yang viral di media sosial.
GAMBAR tuala yang disumbat dalam mangkuk tandas yang viral di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia