Harian Metro

BEREHAT 2 HARI

- Mohd Rizal Abdullah Mohd.rizal@hmetro.com.my

„ Ular sawa batik tersangkut dalam saluran kumbahan

Selepas dua hari berehat dalam saluran kumbahan sebuah rumah di Krokop di sini, akhirnya seekor ular sawa batik sepanjang enam meter ditangkap sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri, kelmarin.

Reptilia itu ditangkap jam 4.30 petang selepas penghuni rumah menyedari kehadiran ular dalam mangkuk tandas sejak Rabu lalu.

Penghuni rumah, Lim Tek Leong, 35, berkata, kejadian itu disedari adik lelakinya, Lim Suk Hia, 32, ketika mahu menggunaka­n tandas pada jam 3 petang.

Menurutnya, pada mulanya adik lelakinya itu menyangka ada najis dalam mangkuk tandas dan cuba mengepamny­a sebelum dia menyedari ia seekor ular sawa.

Dia (adik) kemudianny­a memberitah­u kejadian itu kepada ibu, Oh Ai Ying, 53.

“Bagaimanap­un, ketika diperiksa semula, ular itu dipercayai masuk semula ke lubang tandas,” katanya. Bagaimanap­un, katanya, ular itu muncul semula pada jam 3 petang, kelmarin.

“Saya pulang ke rumah ibu dan terus menghubung­i bomba bagi membantu mengeluark­an ular itu,” katanya. Katanya, sepasukan anggota bomba cuba mengeluark­an ular berkenaan dari mangkuk tandas, namun gagal apabila reptilia itu tersangkut.

“Ular itu terlalu panjang dan besar sehingga sukar pihak bomba menariknya keluar namun mereka akhirnya dapat menarik ular itu dari saluran najis dari belakang rumah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihak bomba terpaksa meletak air panas dalam mangkuk tandas bagi membolehka­n reptilia itu keluar dari saluran kumbahan sebelum ia ditarik keluar.

 ??  ?? ULAR sawa yang
‘berehat’ dalam mangkuk tandas.
ULAR sawa yang ‘berehat’ dalam mangkuk tandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia