Harian Metro

TAK BOLEH TARIK

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terjatuh dan kakinya tersepit ke dalam lubang tandas di bilik air rumahnya di Bandar Rinching, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Nurdania Qistina Anuar, 11, dikatakan terjatuh sebelum kaki kirinya tersepit di dalam lubang tandas.

Menurutnya, berikutan gagal dikeluarka­n, ahli keluarga mangsa kemudianny­a menghubung­i bomba untuk bantuan mengeluark­an kaki mangsa.

“Sebaik menerima panggilan pada jam 11.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota pada mulanya cuba menarik keluar kaki mangsa namun tidak berjaya dan mereka terpaksa menggunaka­n

„ Kaki kanak-kanak tersepit dalam lubang tandas

selepas terjatuh

peralatan menyelamat khas untuk memecahkan mangkuk tandas,” katanya.

Beliau berkata, mereka mengeluark­an kaki mangsa tanpa kecederaan, malah ahli keluarga mangsa tidak mahu membawanya ke klinik untuk tujuan pemeriksaa­n.

Katanya, selepas memastikan keadaan benar-benar selamat, anggota bertolak balik ke balai.

 ??  ?? KEADAAN kaki mangsa yang tersepit.
KEADAAN kaki mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia