Harian Metro

MUNTAH GELI

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Dua beranak jumpa gigi manusia dalam keropok perisa udang dibeli

kegemaran suami di sebuah pasar raya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Tambah Siti, pada hari yang sama, suami membuka dan makan satu daripada keropok tersebut manakala sebungkus lagi saya simpan untuk dibawa pulang ke rumah.

“Ketika itu, suami ada mengadu tergigit benda keras namun dia tidak mempedulik­annya dan terus memakan keropok itu sehingga habis.

“Keesokan harinya, saya mempelawa anak lelaki untuk makan sebungkus lagi keropok sambil membaca buku,” katanya.

Ketika itu, anaknya mengadu ada gigi dalam plastik keropok berkenaan.

“Awalnya saya tidak percaya namun selepas mengamati meneliti bungkusan tersebut, memang ada gigi manusia.

“Saya dan anak terus muntah kerana geli apabila terpandang gigi berkenaan,” katanya.

Siti berkata, sejak kejadian itu, mereka sekeluarga kurang selera makan manakala anaknya demam dipercayai trauma apabila teringat memakan keropok tersebut.

“Saya masih menyimpan lebihan keropok dan gigi itu sebelum menyerahka­n kepada pihak berkuasa termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? GIGI manusia dalam plastik bungkusan keropok perisa udang.
GIGI manusia dalam plastik bungkusan keropok perisa udang.
 ?? FOTO: HAZSYAH ABDUL RAHMAN ?? ANAK lelaki Siti menunjukka­n keropok yang ada gigi manusia.
FOTO: HAZSYAH ABDUL RAHMAN ANAK lelaki Siti menunjukka­n keropok yang ada gigi manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia