Harian Metro

Suspekkes bunuh dicekup

-

Lelaki yang dikehendak­i atas kesalahan menculik sebelum membunuh seorang lelaki dari sebuah kelab malam di Jalan Dutamas 1 sejak Februari lalu dicekup, kelmarin.

Bertindak atas maklumat, suspek berusia 28 tahun itu ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, di sini, jam 5.10 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman yang menjalanka­n operasi khas menahan suspek yang bersembuny­i selama 10 bulan.

“Suspek dikehendak­i membunuh bersama rakannya setelah menculik seorang lelaki di hadapan sebuah kelab Februari lalu,” katanya.

Dua beranak terkejut selepas mendapati objek keras dalam keropok berperisa udang yang dibeli di sebuah pasar raya, di sini, gigi manusia.

Siti Rahmah Basir, 36, berkata, perkara itu disedari anak lelakinya berusia 10 tahun yang tergigit objek keras ketika makan keropok berkenaan.

“Sabtu lalu, saya dan suami ke bandar untuk membeli barangan keperluan rumah untuk bekalan sebulan.

“Kami turut membeli dua bungkus keropok yang menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia