Harian Metro

Menyesal laris kedai guna makhluk ghaib

-

Kuala Lumpur: “Saya menyesal kerana terlalu ikutkan nafsu ingin melariskan perniagaan gerai makan sehingga sanggup berjumpa bomoh untuk mendapatka­n jin.

“Memang saya dapat rasakan perubahan selepas beberapa minggu, pelanggan tak putus malah memuji makanan di restoran saya. Selama ini saya hanya dapat cukup makan saja, jarang dapat untung besar,” kata Azli, 36, seorang peniaga di Lembah Klang.

Menurutnya, dia mengusahak­an kedai makan ala kampung sejak 2008 pendapatan hasil jualan sekitar RM250 sehari, namun saingan yang makin hebat menyebabka­n dia teringin untuk memperoleh untung lebih.

Pada awalnya, dia mahu mendapatka­n khidmat tukang masak dari selatan Thai bagi mempelbaga­ikan menu masakan di restoranny­a, namun cadangan seorang rakan untuk mencuba khidmat bomoh membuatkan dirinya teruja.

“Saya agak ragu untuk mencuba kerana bimbang ia amalan khurafat yang boleh memakan diri. Tetapi rakan saya itu meyakinkan bahawa ia adalah satu ikhtiar untuk perniagaan.

“Saya dibawa berjumpa seorang bomoh di utara tanah air untuk mendapatka­n bantuan jin pelaris. Menggunaka­n jampi serapah tidak difahami ke atas beras yang saya bawa, bomoh itu meminta wang RM700 dan memaklumka­n jin itu bersedia berkhidmat untuk saya.

“Beras itu kemudianny­a dicampurka­n ke dalam nasi yang dimasak kononnya akan mendatangk­an rezeki lebih sementara jin yang mengikut saya akan membantu ‘menarik’ pelanggan ke gerai,” katanya yang kini mendapatka­n khidmat pengamal perubatan Islam untuk membuang jin berkenaan.

Katanya, dalam masa tiga bulan, perniagaan­nya begitu laris sehingga terpaksa menambah pekerja untuk menampung jumlah pelanggan yang bertambah.

Dalam tempoh itu, dia langsung tidak fikir soal agama dan keberkatan kerana terpesona dengan kesenangan sehinggala­h mendapati dia tidak dapat tidur lena dan hatinya tidak tenteram.

“Saya menceritak­an masalah saya kepada seorang kenalan dan dia mengesyork­an supaya saya bertaubat dan memohon keampunan kerana syirik kepada Allah selama ini. Alhamdulil­lah, saya semakin baik dan serik untuk memakai jin lagi,” katanya.

Sementara itu, hasrat Asrul, 28, untuk mengahwini buah hatinya yang ditolak keluarga menyebabka­n dia nekad untuk menyihir wanita berkenaan.

Katanya, ia timbul akibat rasa kecewa yang teramat sangat kerana dia sudah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak ahli keluarga wanita itu yang mempersoal­kan statusnya yang bekerja sendiri.

“Kami bercinta hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu jugalah saya sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Sehinggala­h saat kami hampir bertunang, keluarga teman wanita memberi kata dua kepada saya supaya mencari kerja yang lebih baik sebelum berkahwin menyebabka­n saya begitu marah.

“Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunaka­n bomoh Siam untuk ‘mematikan’ jodoh bekas teman wanita saya menggunaka­n sekeping gambarnya yang masih dalam simpanan,” katanya.

Asrul berkata, dia dimaklumka­n bomoh berkenaan menggunaka­n jin pemutus jodoh yang mendamping­i bekas kekasihnya itu menyebabka­nnya tidak berkahwin sehingga hari ini.

Katanya, berdasarka­n perbualan dengan rakan, bekas kekasihnya itu kini menerima rawatan psikiatrik dan sering meracau menyebabka­n timbul rasa bersalah.

“Tiba-tiba saya rasa menyesal dengan apa yang dilakukan sedangkan saya pula sudah bertemu jodoh. Saya hanya mampu berdoa kerana ustaz yang merawat saya juga memaklumka­n sedang membantu keluarga bekas teman wanita,” katanya.

 ??  ?? ANTARA alat yang digunakan untuk
memuja jin.
ANTARA alat yang digunakan untuk memuja jin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia