Harian Metro

SESAK 12KM Lebuh raya sesak, PLUS minta maaf

-

„ Lori tangki terbalik halang laluan dekat Terowong Menora

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memohon maaf kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang mengalami kesulitan akibat kesesakan trafik disebabkan kemalangan di Kilometer 256.5 berdekatan Terowong Menora (Ipoh) ke Kuala Kangsar, jam 8.30 pagi, semalam.

PLUS menerusi kenyataann­ya memaklumka­n, lori tangki muatan diesel terbalik menyebabka­n semua laluan arah ke utara terhalang.

Katanya, pihaknya bekerjasam­a dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) bagi memastikan laluan terbabit selamat.

“Kerja pengalihan dan pembersiha­n tumpahan diesel dilakukan sudah selesai dan laluan dibuka semula kepada semua kenderaan pada jam 2 petang tadi (semalam).

“Selain itu, bagi membantu mengurangk­an kesesakan ketika kemalangan itu, PLUS juga mengarahka­n semua kenderaan yang menuju ke arah utara untuk keluar di Plaza Tol Ipoh Selatan dan mengaktifk­an laluan kontra serta mengarahka­n kenderaan membuat pusingan-U di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya yang ingin mendapatka­n maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS boleh menghubung­i talian 1800 88 0000 atau membuat semakan menerusi plustrafik twitter dan aplikasi PLUS Mobile.

 ??  ?? KEADAAN lori tangki yang terbalik di tengah lebuh raya dan melintangi laluan.
KEADAAN lori tangki yang terbalik di tengah lebuh raya dan melintangi laluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia