Harian Metro

Wanita cedera nahas 6 kenderaan

-

Seorang wanita berusia 34 tahun cedera selepas Proton Waja dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lima kenderaan lain di Kilometer 36.5 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Sedenak, Kulai dekat sini, semalam.

Pegawai Operasi Penguasa Bomba Mohd Khairil Azmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian jam 12.46 tengah hari dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Jentera sampai ke lokasi pada jam 1.12 petang dan didapati benar berlaku kemalangan membabitka­n enam kenderaan di lokasi kejadian,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa kereta kemalangan membabitka­n enam kenderaan di Kilometer 36.5 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.
ANGGOTA bomba memeriksa kereta kemalangan membabitka­n enam kenderaan di Kilometer 36.5 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia