Harian Metro

Kereta ATM dipecah duit RM57,800 lesap

-

Seorang pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel kehilangan RM57,800 sebaik wang yang diletakkan dalam kereta milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dicuri penjenayah di Masjid Tuanku Puan Chik, Batu Kikir, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 1 tengah hari itu mangsa yang berusia 45 tahun berada dalam masjid bagi menunaikan solat Jumaat bersama pemandunya.

Katanya, kereta Proton Pesona yang diletakkan di ruang parkir masjid itu dipecahkan penjenayah dan melarikan wang berkenaan.

“Penjenayah mengambil beg galas dalam kenderaan yang mengandung­i RM57,800 dan melarikan diri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia