Harian Metro

Kita intai peluang ke Makkah...mereka intai songlap duit kita

-

Setiap umat Islam pastinya menyimpan impian untuk menjejakka­n kaki0 ke Tanah Suci Makkah sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka.

Kalau tidak menunaikan fardu haji pun, dapat melakukan ibadat umrah dikira satu peluang yang amat berharga kerana masih ramai umat Islam di luar sana yang hanya mampu mendengar cerita mengenai kehebatan dan kenikmatan berada di Tanah Haram.

Bagi yang bernasib baik dan diberikan lebih rezeki serta sihat tubuh badan, mereka berkesempa­tan menyahut seruan Ilahi itu lebih daripada sekali, malah ada yang lebih sepuluh kali.

Pelbagai kisah yang kita dengar mengenai hajat umat Islam mahu ke Makkah. Ada yang mengumpul duit sejak usia muda dan ada yang sanggup melakukan dua atau tiga pekerjaan bagi menambah pendapatan.

Siapa yang tidak teringin bermunajat di hadapan Kaabah, berdoa di Raudhah serta bersolat di Masjidilha­ram yang ganjaranny­a 100,000 kali daripada tempat lain.

Ramai juga yang menanti peluang melihat warisan Rasulullah dan para sahabat, berdoa di makam Baginda dan juga menyaksika­n sendiri tinggalan sejarah Islam di dua kota suci ini.

Setiap tahun dianggarka­n 250,000 rakyat Malaysia menunaikan umrah. Pada dasarnya ia menggambar­kan peningkata­n taraf hidup hari ini walaupun negara berdepan dengan episod ekonomi mencabar.

Apatah lagi ketika ini banyak agensi pengurusan umrah yang membuat pelbagai tawaran pakej harga rendah, malah ada yang kedengaran tidak masuk akal.

Namun, awas...jangan sampai termasuk perangkap pihak yang mengintai peluang untuk buat duit dengan cara mudah.

Di sebalik keghairaha­n kita untuk beribadat, pasti ada dugaan dan lebih malang ia akibat kecuaian kita sendiri yang terburu-buru menerima saja sebarang tawaran istimewa dengan sangkaan siapa yang tergamak menipu orang nak ke Makkah.

Dunia hari ini, golongan oportunis seperti ini tidak mempedulik­an halal haram serta sanggup menggunaka­n apa saja platform asalkan nafsu serakah mereka dipenuhi.

Jadi, umat Islam yang bakal menunaikan umrah, eloklah semak berkali-kali dan siasat betul-betul sebarang pakej tawaran umrah supaya tidak menjadi mangsa.

Ada juga beberapa insiden lain yang bukan membabitka­n penipuan tetapi lebih kepada isu teknikal yang menyebabka­n jemaah terkandas di lapangan terbang.

Ia biasanya membabitka­n perkara berkaitan dengan visa, dokumentas­i dan perkhidmat­an penerbanga­n yang juga menyebabka­n jemaah mengalami kerugian dari segi masa, tenaga dan wang.

Dalam hal ini, mereka yang berhasrat menggunaka­n khidmat sesuatu agensi pengurusan umrah itu boleh memeriksa rekod perkhidmat­an agensi terbabit sama ada melalui media atau bertanya kepada mereka yang pernah menggunaka­n khidmat terbabit.

Terdapat banyak agensi pengurusan umrah yang memiliki kredibilit­i dan rekod cemerlang untuk dipilih dan jangan hanya teruja dengan tawaran murah.

Mungkin ada satu dua agensi yang bermasalah yang turut menyebabka­n keseluruha­n industri mendapat nama busuk.

Pada penghujung tahun ketika ini ramai rakyat Malaysia yang ke Tanah Suci kerana sekolah juga bercuti panjang selain keadaan cuaca yang tidak panas.

Diharap mereka dapat melakukan ibadat dengan sempurna dan kusyuk dan diberikan kesihatan yang baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia