Harian Metro

Rumah kedai terbakar REZEKI UNTUK IZZ

-

Georgetown: “Saya lihat percikan api dan kepulan asap tebal keluar dari tingkap di tingkat atas,” kata seorang lelaki warga Nepal, Ban Tein Kun, 30, menceritak­an kebakaran yang memusnahka­n sembilan rumah kedai sederet dua tingkat di Jalan C Y Choy, di sini, semalam.

„ Mat Johan, isteri tak menang tangan

biskut yang dijual dapat sambutan

saluran pernafasan.

Mat Johan berkata, selepas kisah anaknya yang mengalami kerosakan paru-paru dan terpaksa bergantung hidup dengan mesin pernafasan dipaparkan Harian Metro semalam, ramai yang menghubung­i untuk membeli biskut yang dijual.

Kata Mat Johan ada yang menghubung­i isterinya Noor Zaila Ahmad, 34, untuk meminta nombor akaun bagi menghulurk­an sumbangan namun terpaksa ditolak kerana mereka bukan mahu meraih simpati sebaliknya mahu mencari rezeki sampingan bagi membiayai rawatan anaknya.

“Selain itu, ramai juga yang menghubung­i untuk membuat tempahan pelbagai jenis biskut namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi kerana buat masa ini, hanya dua biskut yang dijual iaitu Coffee Kisses dan cip coklat.

“Sebenarnya, biskut berkenaan sudah lama kami jual tetapi sebelum ini secara kecil-kecilan untuk musim perayaan saja.

“Tidak sangka ia kini semakin mendapat perhatian dan menjadi sumber pendapatan bagi meringanka­n beban kewangan keluarga” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mat Johan, biskut berkenaan dihasilkan oleh keluargany­a dan keenakanny­a diakui ramai meskipun pada yang pertama kali mencubanya.

Katanya, pada awalnya mereka hanya menjual kepada rakan terdekat saja namun disebabkan rasanya yang enak, biskut mula menjadi sebutan dan dikongsi ramai pengguna di laman sosial.

“Sebelum ini, saya pernah menjual hampir 500 balang sebulan dan keuntungan yang diterima digunakan untuk membeli ubat-ubatan dan peralatan perubatan sokongan Izz (Muhammad Izz Ziqri),” katanya.

 ??  ?? MAT Johan menjual biskut untuk menambah pendapatan bagi menanpung kos rawatan anaknya.
MAT Johan menjual biskut untuk menambah pendapatan bagi menanpung kos rawatan anaknya.
 ??  ?? BISKUT Coffee Kisses dan cip coklat dapat sambutan menggalakk­an dari pembeli.
BISKUT Coffee Kisses dan cip coklat dapat sambutan menggalakk­an dari pembeli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia