Harian Metro

Tak sabar nak tengok Upin Ipin

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Petaling Jaya: “Arissa nak dengar Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.” Itu saja yang terpacul dari mulut seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Nor Airis Arissa yang tidak lagi dapat melihat.

Bapanya, Norimi Fazril, 36 berkata, anak tunggal yang lebih mesra dipanggil Arissa, itu menghidap Bilateral Retinoblas­toma atau kanser mata sejak berusia tiga bulan.

“Sejak diberitahu mahu membawa dia menonton cerita Upin dan Ipin, setiap hari Arissa bertanya bila nak pergi.

“Semalam (kelmarin), dia sangat gembira dan tidak sabar untuk datang hari ini(semalam), tidur pun lambat iaitu sekitar jam 2 pagi,” katanya ditemui pada Program Menonton Upin dan Ipin: Jeng Jeng Jeng bersama Kanak-kanak Kanser anjuran Pertubuhan Wishing Star di TGV Jaya Shoping Centre, semalam.

Menurut Norimi, dia dan isteri Rosmaniza Salleh, 35, reda dengan ujian itu dan menerima dengan tabah Arissa kehilangan kedua-dua penglihata­n.

Sementara itu, Penaung Wishing Star Wan Shahriza Wan Ab Rahman berkata, program membawa kanak-kanak yang menghidap kanser itu adalah julung kali diadakan pihaknya bagi memberi keceriaan kepada mereka termasuk ibu bapa.

“Pesakit kanser kanak-kanak ini adalah dari Wad Onkologi Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain iaitu Subang Jaya Medical Centre dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

“Alhamdulil­lah, sejak awal pagi semalam ramai yang menghubung­i kami bertanyaka­n mengenai biskut yang dijual membuatkan saya dan isteri tidak menang tangan.

“Terima kasih kepada Harian Metro kerana membantu kami sekeluarga,” kata Mat Johan Johari, 31, bapa kepada Muhammad Izz Ziqri, bayi berusia dua tahun yang menderita jangkitan virus Adenovirus di

 ??  ?? MASKOT filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bersama sebahagian pesakit kanser yang menyertai tayangan amal anjuran Wishing Star.
MASKOT filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bersama sebahagian pesakit kanser yang menyertai tayangan amal anjuran Wishing Star.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia