Harian Metro

Sasar negara bebas rasuah

-

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, negara akan bebas daripada kegiatan rasuah serta salah guna kuasa. Itu sasaran Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena Hari Anti Rasuah Antarabang­sa 2016 yang disambut, kelmarin.

Sasaran itu dizahirkan Ketua Pesuruhjay­anya Datuk Dzulkifli Ahmad yang mahu masyarakat pelbagai lapisan merentasi bangsa serta agama bersama-sama merealisas­ikan sasaran terbabit.

Dzulkifli berkata, memerangi rasuah bukan usaha eksklusif SPRM saja, malah ia perlu dibantu serta disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

“Dalam usaha untuk membebaska­n negara daripada kegiatan rasuah, ini adalah usaha secara menyeluruh dan bukan hak eksklusif kita (SPRM) saja.

“Sasaran kita jelas iaitu dalam tempoh tiga tahun akan datang, kita mahu negara ini bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. Ini matlamat yang perlu menjadi realiti,” katanya kepada pemberita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia