Harian Metro

Dua warga kita tertipu

-

Dua pelancong Malaysia yang menggunaka­n kemudahan kongsi rumah secara dalam talian, Couchsurfi­ng, ditipu hos mereka di India melalui helah membantu menukar mata wang.

Menurut laporan akhbar Hindustan Times, kedua-dua mangsa memberitah­u polis bahawa lelaki yang mereka tumpang itu mengambil beratus-ratus dolar dalam mata wang asing dan menggunaka­n kad kredit mereka untuk membayar bil.

Seorang daripada mangsa, Wong Hwa Yo berkata, mereka memberi kepada lelaki itu, yang dikenali sebagai Rishabh, AS$1,000 (67,500 rupee) untuk ditukar kepada mata wang India, tetapi memulangka­n kepada mereka hanya 30,000 rupee.

Katanya, Rishabh memberi alasan menghadapi masalah untuk menukar wang itu berikutan langkah India tidak lagi menggunaka­n duit kertas bernilai tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia