Harian Metro

300,000 terima manfaat SEDIC

-

Lebih 300,000 mendapat manfaat daripada peruntukan RM160 juta menerusi Unit Khas Program Pembanguna­n Sosioekono­mi Masyarakat India (SEDIC) sejak ditubuhkan pada Mei 2014.

Pengarah SEDIC Prof Datuk Dr NS Rajendran berkata, peruntukan itu disalurkan kepada 400 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

“Dana yang diagihkan menerusi sistem komprehens­if di bawah SEDIC Jabatan Perdana Menteri ini bertujuan membantu masyarakat

India daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah 40 peratus ke bawah).

“Fokus khas program ini ialah membantu ibu tunggal, pelajar tercicir, belia, penganggur dan golongan terpencil yang tiada akses kepada peluang perkembang­an diri yang kini terdapat di pasaran,” katanya dalam sidang media Ekspo SEDIC di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia