Harian Metro

Remaja mengadu sakit belakang lahir anak luar nikah

- Hadzlihady Hassan

Biarpun hanya beberapa minggu berkenalan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menggadaik­an maruahnya apabila menjalin hubungan seks dengan teman lelakinya sehingga melahirkan anak luar nikah di Kampung Geylang, Simpang Pertang, pada

Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superinten­dan Othman Basri berkata, pelajar sebuah sekolah menengah itu mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun menerusi aplikasi WeChat pada Mac lalu.

Beliau berkata, perkenalan singkat itu menyebabka­n mereka menjalin hubungan seks yang menyebabka­n remaja perempuan terbabit mengandung.

“Sewaktu berada di rumah di Kampung Geylang Pertang, Rabu lalu, remaja terbabit mengadu kepada kakaknya dia sakit belakang jam 3 pagi.

“Pada jam 4.30 pagi, dia melahirkan seorang bayi perempuan dan keadaan itu mengejutka­n kakaknya,” katanya.

Othman berkata, pada awalnya remaja terbabit meminta kakaknya merahsiaka­n perkara itu daripada pengetahua­n keluarga mereka.

“Menyaksika­n keadaan adiknya yang berdarah, kakaknya terpaksa memaklumka­n kejadian itu kepada ibu bapa mereka,” katanya.

Jurukamera sambilan RTM Pulau Pinang yang ditembak di bahu kiri oleh seorang pengawal keselamata­n dalam kejadian di Leburaya Tun Dr Lim Chong Eu, Khamis minggu lalu, kini sudah beransur pulih.

Mohamad Amirul Amin Mohamad Amir, 28, kini berada di Wad A1 Jabatan Pembedahan Kardiotora­sik Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas lima hari mendapatka­n rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Amirul, dia berterima kasih kepada semua yang melawat dan tidak putus mendoakan kesihatann­ya.

“Alhamdulil­lah, saya sudah beransur sihat dan terima kasih kepada semua rakan-rakan, tak sangka boleh jadi lagu (seperti) ni.

“Mungkin segala apa yang berlaku itu adalah satu hikmah kepada saya, terima kasih semua yang doakan saya dan juga rakan-rakan yang datang melawat dari dekat dan jauh,” katanya yang kelihatan sebak ketika ditemui di HPP, kelmarin.

Menurutnya, dia memang tidak perasan suspek memegang senjata api dan hanya lihat kepala seorang lelaki yang duduk mencangkun­g berlumuran darah sebelum mahu memberikan pertolonga­n.

“Namun, sebaik menghampir­i mereka, suspek terus bertanya siapa saya sebelum dia melepaskan tembakan yang terkena bahu kiri.

“Sejurus ditembak, saya memegang bahu dan masih mampu berjalan, malah sempat menghubung­i rakan namun selepas itu mata saya mula berpinar,” katanya.

Dalam kejadian 7.15 malam Khamis minggu lalu itu, tiga maut manakala lima cedera akibat ditembak seorang pengawal peribadi yang mengamuk kerana mempunyai masalah mental.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai dikenali sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.

Selain Amirul, mereka yang cedera adalah Lee Hion Boon, 33, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishan, 33, dan Lim Boon Leng, 32.

Suspek yang berusia 37 tahun itu baru sehari bekerja dengan Datuk Ong Teik Kwang dan dia kini masih direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MOHAMAD Amirul Amin bersama kakaknya Siti Munirah Mohamad Amir
MOHAMAD Amirul Amin bersama kakaknya Siti Munirah Mohamad Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia