Harian Metro

CURIGA KERETA PUTIH

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

„ 300kg daun ketum bernilai RM30,000 ditemui dalam kereta

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) negeri menggagalk­an cubaan seorang lelaki menyeludup 300 kilogram daun ketum bernilai RM30,000 ke negara jiran awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 pagi, sepasukan lima anggota AKSEM yang melakukan rondaan cegah jenayah pada mulanya terserempa­k dengan sebuah kereta Proton Perdana berwarna putih dalam keadaan mencurigak­an berlegar-legar di kawasan Kampung Kolam, di sini.

Komander AKSEM negeri Deputi Superinten­dan Syed Basri Syed Ali berkata, anggotanya kemudian mengekori kereta terbabit untuk menahannya, namun pemandunya memecut laju ke satu lorong kecil di kampung itu.

Katanya, anggota AKSEM yang mengejar kereta itu menahannya di tepi jalan berhampira­n sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.

“Namun, pemandunya sempat melarikan diri.

“Pemeriksaa­n ke atas kereta itu menjumpai 10 guni berisi daun dipercayai ketum yang mana enam daripadany­a diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala bakinya pula disembunyi­kan di dalam but kereta,” katanya, semalam.

Tambahnya, siasatan awal mendapati daun ketum keseluruha­n seberat 300 kilogram itu cuba diseludup ke Thailand menggunaka­n ‘laluan tikus’ yang dikatakan banyak digunakan sindiket di kampung berkenaan.

“Kita percaya daun ketum ini cuba dibawa ke Thailand atas permintaan yang begitu meluas di negara jiran itu,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 300kg daun ketum yang dirampas.
SEBAHAGIAN daripada 300kg daun ketum yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia