Harian Metro

Tiada cadangan tambah rumah jagaan orang tua

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak bercadang menambah rumah jagaan orang tua sebaliknya akan memperluas­kan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kepada lapan lagi di seluruh negara menjelang tahun depan.

Timbalan Menterinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, ia adalah usaha yang akan diberi tumpuan oleh kerajaan bagi memastikan warga emas di negara ini terbabit dengan kegiatan sosial dan dapat berinterak­si dalam komuniti masing-masing.

“Kita ada sembilan rumah orang tua di seluruh negara dan ia adalah mencukupi. Kita sebenarnya tidak ada rancangan lagi untuk menubuhkan pusat jagaan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia