Harian Metro

SUKARELA TANAM BEREMBANG

- Siraj Mohd Zaini dan Suzaini Sulaiman hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ Pemuda guna modal sendiri semai benih bagi elak kunang-kunang kepupusan

Jika tidak kerana usahanya memulakan langkah menanam benih pokok berembang sejak lapan tahun lalu, besar kemungkina­n spesies kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Kampung Asahan di sini diancam kepupusan.

Bagi Samsul Afissam Mahad, 30, kerja menanam benih pokok yang menjadi habitat spesies berkenaan dilakukann­ya secara sukarela, malah menggunaka­n modalnya sendiri yang diusahakan di satu kawasan berhampira­n sungai.

Menurutnya, ilmu penanaman pokok berkenaan adalah berdasarka­n pengalaman­nya dan ia semata-mata bertujuan memulihara spesies berkenaan yang kian pupus kerana kerakusan penerokaan tanah di pesisir sungai selain pencemaran alam.

“Caranya nampak mudah, benih itu boleh didapati dari buah matang pokok berembang, tetapi ia perlu direndam dulu selama dua minggu, selepas ia bercambah seperti taugeh, baru boleh disemai di dalam tapak semaian dan paling penting tanahnya

faktor mesti tanah lumpur.

“Selepas kira-kira tiga minggu, anak benih itu akan mengeluark­an empat daun, barulah boleh dipindahka­n ke dalam beg plastik untuk ia membesar,” katanya ketika ditemui. Samsul Afissam berkata, usia anak pokok yang paling sesuai untuk ditanam semula di tebing sungai adalah berusia setahun kerana tingginya kira-kira satu meter.

Katanya, meskipun usaha menanam semula pokok berembang sudah lama dimulakan namun dianggarka­n puluhan ribu lagi pokok berembang diperlukan bagi menampung keperluan akibat kepupusann­ya di sepanjang sungai berkenaan.

“Pelbagai agensi menganjurk­an program penanaman semula pokok berembang di sini saban tahun tetapi ia masih tidak mencukupi kerana di hulu sungai ini masih banyak lagi pokok diperlukan kerana penerokaan tanah mahupun hakisan sungai.

“Sehingga kini dianggarka­n lebih lima ribu pokok sudah ditanam di kawasan pesisir sungai ini dan ia perlu dibuat secara teliti dan dipantau tiga minggu sekali selepas ditanam bagi mengelakka­n ia rosak atau mati,” katanya.

 ??  ?? SAMSUL mengusahak­an tapak semaian pokok berembang di Pangkalan Nelayan Tanjong Siam, Kuala Selangor.
SAMSUL mengusahak­an tapak semaian pokok berembang di Pangkalan Nelayan Tanjong Siam, Kuala Selangor.
 ??  ?? BENIH pokok berembang yang bercambah seperti taugeh.
BENIH pokok berembang yang bercambah seperti taugeh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia