Harian Metro

BERIANI BAPAK AH SEDAP

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Menggunaka­n tagline Bapak Ah Sedap, Bapak Beriani Udang Galah Pagoh menjadi fenomena sepanjang MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini.

Susunan empat udang galah dengan curahan kuah beriani atas hidangan itu sudah cukup membuatkan pengunjung terliur dan tidak mahu melepaskan peluang merasai makanan berkenaan apabila berada di Food Empire.

Dengan harga RM18 untuk satu set hidangan, ternyata ia pilihan makanan yang tepat dan berbaloi.

Pengusahan­ya

Rashidah Dahari,

42, berkata, makanan itu baru sebulan diperkenal­kan di kedainya yang diusahakan bersama suami Rosnan Ibrahim, 51, di Pagoh, Muar, Johor.

Katanya, ia bertujuan mempelbaga­ikan pilihan nasi beriani yang sinonim dengan beriani ayam, daging dan kambing.

“Setakat 10 hari MAHA 2016 berlangsun­g, 120 kilogram udang galah yang dibekalkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Batu Pahat.

“Sambutan pengunjung terhadap Bapak Beriani Udang Galah Pagoh juga menggalakk­an dan kadang-kadang mereka perlu beratur untuk membeli makanan ini,” katanya. Rashidah berkata, MAHA 2016 memberi rezeki kepadanya kerana jenama produknya semakin dikenali dan diterima ramai.

Hidangan set nasi udang galah pikat selera pengunjung

 ??  ?? RASHIDAH dan Rosnan menunjukka­n menu Bapak Beriani Udang Galah yang dijual digerai mereka sempena MAHA 2016.
RASHIDAH dan Rosnan menunjukka­n menu Bapak Beriani Udang Galah yang dijual digerai mereka sempena MAHA 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia