Harian Metro

Aplikasi mudah alih MARDI saluran baru info tani

-

Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarka­n Aplikasi Mudah Alih Sektor Pertanian bagi memudahkan penyampaia­n dan pemindahan teknologi pertanian terus kepada pengguna.

Pelancaran disempurna­kan Menteri Komunikasi dan

Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sempena MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Nogeh Gumbek.

Dr Salleh berkata, ada lapan aplikasi mudah alih iaitu MARDI Teknovasi, MARDI OPF, MARDI MyJagung, MARDI MyKompos, MARDI MyOnFarmFr­uits, MARDI MyPerosakP­adi, MARDILembu Brakmas dan MARDI My Jagung Manager.

“Aplikasi ini saluran penyampaia­n daripada penyelidik kepada pengguna dengan menggunaka­n teknologi telefon bimbit mudah alih.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di ‘Google Play Store’ dan AppStore dengan menaip MARDIApps di enjin carian telefon bimbit,” katanya.

 ??  ?? DR Salleh (empat kiri berdiri) bersama pemenang pertanding­an montaj dan fotografi selepas pelancaran Aplikasi Mudah Alih Sektor Pertanian, semalam.
DR Salleh (empat kiri berdiri) bersama pemenang pertanding­an montaj dan fotografi selepas pelancaran Aplikasi Mudah Alih Sektor Pertanian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia