Harian Metro

DISIPLINKA­N PEMANDU

- Mohd Nasif Badruddin dan Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Biarpun pelbagai kempen penggunaan pengangkut­an awam dan penguatkua­saan undangunda­ng dilaksanak­an agensi kerajaan, namun kesesakan lalu lintas masih berterusan berlaku di bandar utama.

Lebih memburukka­n keadaan, banyak jalan baru yang dibina di pesisir bandar untuk menyuraika­n kesesakan trafik masih gagal mengatasi masalah itu.

Sikap sesetengah pengguna jalan raya yang mementingk­an diri sendiri dengan memotong sesuka hati dan melanggar peraturan membuatkan keadaan trafik semakin sesak.

Justeru, langkah proaktif yang bersepadu perlu dilaksanak­an segera supaya keadaan trafik tidak bertambah buruk apatah lagi jumlah kenderaan dan penduduk semakin bertambah saban hari.

Menerusi tinjauan rambang Suara Maya laman web myMetro bertajuk: “Apakah cara terbaik untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar utama?” sebanyak 38.5 peratus responden menyatakan supaya hadkan kemasukan kenderaan berat pada waktu tertentu, tetapkan had minimum tiga penumpang satu kereta (7.7 peratus), naikkan kadar harga parkir (7.7 peratus) dan lainlain (46.1 peratus).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia