Harian Metro

ORANG PERTAMA CUBA SAJIAN DIRAJA

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Cef Razaha sedia makanan buat ahli keluarga ketika berusia 13 tahun

Menikmati hidangan diraja hasil air tangan nenek yang berkhidmat sebagai jurumasak di Istana Anak Bukit, Kuala Kedah, Kedah sejak kecil mencetuska­n minat dan bakat Razaha Harun dalam dunia masakan.

Membesar bersama nenek di utara tanah air mencipta pelbagai memori indah buat lelaki yang berkhidmat sebagai Cef Eksekutif Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd ini, terutama membabitka­n makanan.

“Saya anak sulung daripada 10 beradik dan sejak kecil, saya tinggal bersama datuk dan nenek yang bekerja di Istana

Anak Bukit sehingga saya hampir memasuki alam persekolah­an.

“Arwah nenek bertugas sebagai jurumasak manakala datuk pula pemandu sekitar 1950-an. Memiliki hubungan rapat dengan nenek memberi kelebihan kepada saya untuk menjadi orang pertama yang mencuba pelbagai sajian diraja.

“Paling istimewa adalah gulai lemak udang galah, menu ini mempunyai sentimen nostalgia zaman kanak-kanak buat saya. Keenakan makanan membuatkan saya sangat menghargai sesuatu hidangan,” katanya ketika ditemui.

Mula memasuki dapur seawal usia 13 tahun untuk menyediaka­n makanan buat ahli keluarga, minat dan bakat Razaha terserlah sekali gus menekadkan azam memilih bidang masakan sebagai kerjayanya.

Melanjutka­n pengajian ke Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) dalam bidang masakan selama tiga tahun, lelaki berusia 58 tahun ini bertugas di Hotel Equatorial

 ??  ?? KREATIVITI adalah rahsia seorang cef dalam menghasilk­an
hidangan.
KREATIVITI adalah rahsia seorang cef dalam menghasilk­an hidangan.
 ??  ?? TULANG belakang Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd.
TULANG belakang Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd.
 ??  ?? RAKAN seperjuang­an Razaha.
RAKAN seperjuang­an Razaha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia