Harian Metro

2 ISTERI SETUJU SANGGAMA SERENTAK

-

Saya berusia 31 dan mempunyai dua isteri. Saya bersama kedua-dua isteri berserta anak tinggal serumah. Saya pernah melakukan hubungan kelamin dengan kedua-dua isteri bersama-sama dan ia dipersetuj­ui isteri-isteri saya. Adakah perbuatan sedemikian salah di sisi agama?

SUAMI BINGUNG Batu Pahat, Johor

melukukan hubungan kelamin dengan dua isteri bersama-sama adalah dilarang dan diharamkan. Ia berdosa dan hendaklah bertaubat. Hubungan kelamin bukan sahaja hubungan seks semata-mata, bahkan ia mempunyai adab-adabnya seperti tidak boleh mendatangi dubur isteri.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua lelaki berada (tidur) dalam satu selimut, demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” (HR Muslim) dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya wanita itu adalah aurat.” (HR Al-Bazar dan AtTirmizi).

Walaupun hubungan kelamin kedua-dua isteri itu adalah diharuskan, andai dilakukan secara serentak adalah dilarang kerana akan berlakunya pendedahan aurat yang tidak dapat dielak dan perkara demikian inilah yang diharamkan. Wallahuakl­am

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia