Harian Metro

Buang tanda lahir kerana malu

-

mempunyai tanda lahir pada anggota badan tetapi masalahnya, ia sering menjadi bahan gurauan kawan.

Adakah saya dianggap berdosa sekiranya saya menghilang­kan tanda lahir itu? Mungkinkah ada cara lain untuk mengatasi masalah berkenaan seperti dibenarkan syarak?

AMINAH Air Hitam, Johor

asalnya sesuatu kejadian manusia itu sempurna dan tidak boleh diubah penciptaan Allah Taala ini. Sabda Rasulullah SAW bemaksud: “Allah SWT melaknat wanita yang membuat tatu, meminta ditatu, mencabut kening dan memperbaik­i susunan giginya untuk mempercant­ikkan diri, yang merubah ciptaan Allah” (HR Al-Bukhari & Muslim dan lainnya).

Perkataan laknat ini menunjukka­n suatu amaran yang keras, dan ulama menyatakan perbuatan yang disebutkan adalah haram dilakukan. Namun ada beberapa pengecuali­an sekiranya sesuatu yang kelihatan aib dan tidak memudaratk­an sekiranya dibuang, adalah diharuskan.

Kisah daripada “(Arjafah bin As’ad) hidungnya terpotong pada hari peperangan Al-Kullab, maka dia membuat hidung daripada daun. Namun, daun itu berbau dan mengganggu dirinya, maka Nabi memerintah­kannya untuk mengganti dengan yang diperbuat daripada emas.”(HR Abu Daud)

Pada asas mengubah untuk semata-mata kecantikan itulah yang diharamkan, manakala mengubah kerana menghilang­kan aib adalah diharuskan. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia