Harian Metro

Solat terdedah belakang tapak tangan

-

waktu tertentu, terutama ketika perjalanan jauh, saya menunaikan solat dengan mengenakan jubah, tudung dan sarung kaki sahaja. Lantas, hanya dua tangan (daripada pergelanga­n tangan) dan muka yang kelihatan.

Bagaimanap­un, seorang teman memberitah­u, kemungkina­n bahagian belakang tangan mesti ditutup kerana ia adalah aurat. Benarkah seperti katanya itu?

NADZIRAH Bangi, Selangor

menunaikan solat lima kali sehari semalaman dalam ada juga keadaan. Aurat bagi wanita dalam solat sama seperti wanita ketika di luar solat. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: (ketika berkata kepada

Asma) “Wahai Asma! Sesungguhn­ya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak anggota badannya kecuali ini dan ini (baginda mengisyara­tkan ke muka dan telapak tangan).

(HR. Abu D‚wud)

Para ulama secara majoriti bersepakat berdasarka­n yang ada untuk menetapkan bahawa batas aurat seorang wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan keduadua tapak tangan.

Di sini timbul salah faham dalam menterjema­hkan perkataan alkaffaini dalam hadis, diterjemah­kan dengan terjemahan yang tidak tepat iaitu dengan kedua telapak tangan. Sedangkan al-kaffaini dalam bahasa Arab adalah telapak tangan yang zahir (depan tapak tangan) termasuk telapak tangan yang batin (belakang tangan).

Oleh itu sahlah solatnya seseoranga­n yang mendedahka­n belakang tapak tangan. Yang penting ialah, janganlah hingga terdedah pergelanga­n tangan. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia