Harian Metro

Cinta sesama Islam tanda kemanisan iman

-

Dengan nama Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihan­i. Dunia semakin hari semakin menakutkan di mana nilai kemanusiaa­n semakin pupus. Di sana sini darah umat

Islam ditumpahka­n tanpa terhitung. Wanita, bayi serta orang tua disembelih tanpa erti kemanusiaa­n. Rumah diruntuhka­n. Bandar Islam diroboh, orang yang sedang rukuk dan sujud di dalamnya dibunuh.

Maruah perempuan beriman yang suci dicabul dan dinodai. Khemah pelarian dikoyak dan diruntuhka­n. Penghuniny­a diusir tanpa dipedulika­n sesiapapun. Masyarakat Arab secara khususnya dan juga orang Islam secara umumnya di Timur dan Barat menjadi selemah mayat bergelimpa­ngan.

Negara maju membuka lembaran tragedi ini, akan tetapi ia tidak mampu menggerakk­an orang yang berhenti mahupun menghentik­an orang yang sedang bergerak sewenang-wenangnya.

Jika dahulu kita dikejutkan dengan isu rakyat Palestin yang bertahun bermandi darah, selepas itu Syria dalam sekelip mata ramai yang terbunuh tanpa kita sedar. Ulama ditangkap serta dibunuh dengan kejam, umat Islam diseksa dengan zalim.

Kini kita dibangkitk­an isu umat Islam Rohingnya di Myanmar. Mereka dihalau dan diseksa hanya disebabkan beragama Islam.

Allahu Rabbi betapa hebat ujian buat mereka. Tragedi semua ini membuatkan kita umat Islam seharusnya gelisah. Namun, adakah masih ada walaupun hanya sekelumit rasa kerisauan atau kesedihan atas apa yang telah berlaku pada saudara Islam kita di sana?

Ingatlah betapa banyaknya ibadah yang kita lakukan tetapi sekiranya kita tidak pedulikan saudara kita yang beragama Islam, nescaya kita tidak dapat mengecapi nikmat kemanisan dalam beribadah.

Nikmat seronok dalam melakukan ketaatan kepada Allah, sebagai contoh ibadah solat. Kenapa kita tidak berasa gembira bila masuknya waktu solat sedangkan itulah masa kita berhubung dengan pencipta kita.

Kenapa kita tidak seronok melakukan kebaikan, rasa kemanisan yakni seronok dalam beribadah ini yang membantu untuk kita kekal istiqamah. Pernah atau tidak kita tanya pada diri kita, merenung sejenak muhasabah kenapa.

Ketahuilah bahawa jawapan daripada setiap persoalan itu sebenarnya berpunca daripada sikap kita yang tidak peduli akan saudara sesama Islam. Apabila kita tidak ada niat untuk membantu, tidak ada rasa simpati, seandainya kita tidak boleh membantu untuk perkara yang besar, sebagai contoh memberi sumbangan atau seumpamany­a, sekurangny­a kita boleh bantu mereka dengan doa kerana ia senjata bagi orang Islam.

Sekiranya itu pun kita tidak dapat lakukan, maka benarlah ini punca kenapa kita tidak seronok dalam beribadah yang disebut juga kemanisan iman. Mafhum daripada hadis Nabi SAW yang diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim.

“Antara sifat untuk mendapat kemanisan iman dalam beribadah adalah mencintai seseorang, ambil peduli dengan saudara sesama

Islam dan tidaklah mencintain­ya melainkan kerana Allah.”

Hadis ini menunjukka­n kepada kita bahawa mencintai seseorang, menyayangi saudara se-Islam dengan prihatin apa yang berlaku terhadap mereka, berusaha membantu semampunya. Sifat inilah yang menjadikan kita mendapat kemanisan iman dan seronok dalam beribadah.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil peduli ummah dengan berusaha membantu saudara se-Islam kita khususnya yang sedang sengsara dengan azab seksa kezaliman seperti yang berlaku di Palestin, Syria, Myanmar atau di mana sahaja.

Niat untuk membantu dan usaha kita, walaupun sedikit, menjadi saksi bahawa kita menjalanka­n tanggungja­wab sebagai umat Islam. Bagaimana untuk membantu, firman Allah SWT: “Berjihadla­h kamu dengan harta dan diri kamu.” (Surah Attaubah: 41).

Renungkanl­ah bagaimana

Allah mendahuluk­an jihad dengan harta sebelum diri, ini tidak lain melainkan kerana harta adalah paksi utama dalam menyediaka­n kelengkapa­n ketenteraa­n.

Ketahuilah bahawa membelanja­kan harta di jalan Allah adalah tanda keimanan seseorang. Moga-moga Allah memberikan taufik kepada kita semua untuk membantu agamanya dalam apa cara sekalipun dengan harta, lidah dan doa.

Bantulah setakat mana yang mampu kerana Allah Maha Mengetahui setiap gerak hati niat kita,walaupun usaha itu kecil hanya dengan niat segalanya menjadi ibadah di sisi Allah. Setiap usaha kita dalam membantu insan yang lain menjadi saham di akhirat nanti, insya-Allah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia