Harian Metro

SENDIRI TEROKA POTENSI ANAK

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Konsep sekolah rumah bolehkan ibu dan anak berbincang dan belajar secara santai serta gembira

Kunjungan ke majlis ‘Malaysia Home Schoolers Arts Festival 2016’ anjuran sekumpulan ibu bapa kanak-kanak bersekolah di rumah membuka pandangan mengenai aliran alternatif dalam sistem pendidikan.

Kalau sebelum ini selalunya perbualan kalangan ibu bapa berkisar sejauh mana anak mereka ‘skor’ cemerlang dalam peperiksaa­n, perbualan komuniti ini nyata berpuas hati dengan sikap serta daya kebolehan anak masing- masing dalam bidang tertentu.

Segelintir menyifatka­n kumpulan ibu bapa ini terlalu gusar dengan masa depan anak mereka apabila mewujudkan persekitar­an pendidikan eksklusif, sebaliknya golongan ini berpendapa­t mereka mahu lebih terbuka meneroka potensi anak.

Sejauh mana tindakan mereka dilihat begitu asing dengan ibu bapa lain, menariknya tinjauan dalam portal Kementeria­n Pendidikan ada maklumat terpencil berkaitan konsep pengajian terbaru ini.

Menerusi Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntu­kkan Menteri boleh, ‘Jika difikirkan wajar dan demi kepentinga­n murid atau awam untuk berbuat demikian’, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, mengecuali­kan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendak­i supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan­nya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalka­n pengecuali­an

 ??  ??
 ??  ?? KANAK-kanak terbabit dalam pelbagai aktiviti berlainan dengan modul pendidikan awam.
KANAK-kanak terbabit dalam pelbagai aktiviti berlainan dengan modul pendidikan awam.
 ??  ?? IBU bapa saling menyokong antara satu sama lain.
IBU bapa saling menyokong antara satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia