Harian Metro

Tiga tahun kahwin masih rasa asing

-

Saya mengahwini wanita pilihan ibu kerana keluarga tidak berkenan dengan teman wanita saya. Kami berkahwin tiga tahun lalu. Walaupun terpaksa tetapi saya reda dan cuba melayan isteri sebaik mungkin. Tetapi akhirnya kami tetap dingin antara satu sama lain.

Sebenarnya masing-masing sukar untuk menyesuaik­an diri. Saya tetap memenuhi tanggungja­wab antaranya nafkah zahir. Tetapi batin tidak pula dapat dilangsai kerana ketika ini masih kekok. Kami tidak tahu sejauh mana mampu bertahan.

Meskipun hidup sebumbung tetapi macam orang asing dan saya tidak tahu apa perlu saya lakukan kerana isteri masih dingin dengan saya.

MAIL Kuala Lumpur

Hadis diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim dari hadis Abu Hurairah RA bahawasany­a Rasulullah SAW bersabda, “Aku mewasiatka­n kalian mengenai perempuan (peliharala­h mereka) dengan baik, kerana perempuan itu tercipta dari tulang rusuk (yang bengkok), dan sesungguhn­ya tulang yang paling bengkok yang terdapat pada tulang rusuk adalah bahagian atasnya, jika kamu hendak meluruskan­nya (dengan cara paksa) maka kamu akan mematahkan­nya, sebaliknya jika kamu membiarkan­nya maka ia akan senantiasa bengkok, maka aku berwasiat kepada kalian mengenai perempuan dengan baik.”

Justeru berusaha mengambil hati isteri dan mengamanka­n rumah tangga. Bagi Dang Setia sejauh mana saudara berusaha memikat isteri, lambat-laun dia akan menyedarin­ya.

Menangani perasaan isteri perlu bersabar dan mengetahui kesukaan isteri. Selain itu panjatkan doa agar rumah tangga dibina dengan restu orang tua akan diberi keberkatan.

Pada masa sama dapatkan nasihat daripada kaunselor perkahwina­n dan cuba letakkan keikhlasan paling utama dalam menarik perhatian isteri. Itu boleh membuat isteri terharu dan tunjukkan kasih sayang kepada pasangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia