Harian Metro

5,000 banjiri kenduri kahwin Melayu Kampung Morten

-

Seramai 5,000 pengunjung memeriahka­n Majlis Perkahwina­n Tradisiona­l Melayu yang berlangsun­g seminggu bermula 2 Disember lalu dan berakhir semalam di Kampung Morten sempena Ulang Tahun Ke-8 Melaka Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO).

Ketua Program, Azhar Mohamed yang juga Pengarah Kawalan Bangunan MBMB berkata, program berkenaan bertujuan meraikan dan mengetenga­hkan adat perkahwina­n Melayu lama kepada pengunjung tempatan mahupun luar negara.

“Untuk tempoh seminggu program ini diadakan, kami membelanja­kan RM300,000 bagi pakaian orang Melayu lama, pentas, rewang, kenduri kahwin, buluh, kayu untuk pelamin dan ruang makan untuk tetamu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berinai Besar yang diadakan di Kampung Morten, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia