Harian Metro

PINGAT EMAS

- Helmy Abd Rahman dan Baharom Bakar am@hmetro.com.my

„ 2 pelajar cemerlang SPM terima

anugerah Yayasan Terengganu

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah di Dungun, Nazrul Adrian Abdullah dan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Wan Nur Liyana Wan Mohamad Asri dipilih menerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu (YT).

Dengan pemilihan itu, kedua-dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berkenaan menerima wang tunai RM5,000, pingat emas bernilai RM500, sehelai baju (RM400) dan komputer riba.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah, Normelisa Mohd Yadi pula calon tunggal menerima Anugerah Khas YT untuk menerima wang tunai RM5,000.

Anugerah dan hadiah kepada mereka itu disampaika­n Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di majlis Anugerah Pingat Emas YT Kali Ke-37 dan Anugerah Sarjana Terengganu 2016, di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah YT Mohamad Sulong.

Mohamad ketika berucap di majlis itu berkata, kerajaan negeri melalui YT membelanja­kan RM626,000 untuk hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM tahun lalu. Menurutnya, selain anugerah utama itu turut menerima imbuhan 31 pelajar yang mengikuti kursus ikhtisas iaitu membabitka­n bidang sains tulen, sains gunaan, sains perubatan dan pergigian apabila dikurniaka­n Anugerah Sarjana sekali gus menerima wang tunai berjumlah RM5,000 setiap seorang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia