Harian Metro

Kumpul RM2,421 bantu Rohingya

-

Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengumpul RM2,421 untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar, semalam.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Nor Azamir Alias berkata, kutipan diperoleh melalui sumbangan orang ramai dalam usaha membantu saudara seagama di Myanmar.

“Sebanyak RM2,136 dikutip Pusat Dakwah Islam Paroi sempena program Tafakur Perdana bermula 28 November hingga 2 Disember lalu manakala RM285 pula dikutip ketika solat Jumaat di Masjid Kariah Saidina Ali, Senaling.

“Program ini adalah inisiatif Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu saudara Islam di Myanmar,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Jabatan Mufti Siri 4/2016 di Masjid Kariah Saidina Ali, semalam.

Menurut Nor Azamir, melalui program itu, pihaknya mengambil peluang untuk menzahirka­n supaya penderma menyampaik­an sumbangan kepada Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima untuk diserahkan kepada individu memerlukan di Myanmar.

Sumbangan itu kemudianny­a disampaika­n Nor Azamir kepada Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima yang diwakili jurugambar TV3 cawangan Negeri Sembilan, Jasme Saidin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia