Harian Metro

PECAH CERMIN HENTAK BATU

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ Polis buru dua lelaki ganas di Segambut

Polis memburu dua lelaki yang aktif menyamun pemandu kenderaan di sekitar Segambut di sini.

Dalam kejadian terbaharu kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa bersama rakannya masing-masing berusia 32 dan 25 tahun cedera di dahi selepas dihentak suspek dengan batu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu van berhenti di lampu isyarat Pintasan Segambut.

Katanya, selepas lampu isyarat bertukar hijau, mangsa meneruskan perjalanan bagaimanap­un kira-kira 500 meter dari satu simpang tiga, kenderaan mangsa dihalang sebuah Proton Wira yang keluar dari simpang secara tiba-tiba.

“Mangsa membunyika­n hon sebelum tiba-tiba dua lelaki yang membawa kayu dan batu keluar dari kenderaan itu.

“Mereka memecahkan cermin hadapan kenderaan mangsa sebelum menghentak kepalanya dengan batu,” katanya.

Menurutnya, suspek turut merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya, mangsa yang cedera di dahi menerima empat jahitan di Hospital Selayang sebelum membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabka­n cedera ketika rompakan berkumpula­n.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung kedua-dua suspek diminta menghubung­i Asisten Superinten­dan Asrizal di talian 019-2769117 atau balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? CERMIN hadapan van yang pecah. DUA lelaki yang kini diburu polis.
CERMIN hadapan van yang pecah. DUA lelaki yang kini diburu polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia