Harian Metro

‘MAYAT’ HIDUP BALIK

- Agensi

„ Keluarga terkejut apabila ‘pengantin hantu’ dibeli untuk

teman anak di dalam kubur rupanya belum mati

Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumika­n.

Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkar­kan sindiket pemerdagan­gan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyaki­t mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinka­n’ dengan anak mereka.

Mengikut adat itu, dua mayat dikebumika­n bersama untuk menandakan ada perkahwina­n antara mereka.

People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.

Ketika majlis pengebumia­n dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.

Keluarga berkenaan terus menghubung­i polis sebelum membawa gadis itu ke Hospital Rakyat

Disebabkan keadaannya yang kelainan upaya, Zhao tidak dapat memberi sebarang maklumat kepada polis, namun mereka berjaya menjejaki enam orang yang dipercayai terbabit dalam kes itu.

Menurut laporan, kumpulan berkenaan menjual wanita sebagai pelacur atau isteri.

Seorang daripada mereka, Li, mengakui memberi Zhao ubat pelali sebelum menghantar ‘mayatnya’ kepada keluarga terbabit.

Polis Linzhou berkata, mereka turut menyelamat­kan lima mangsa wanita lain daripada kumpulan berkenaan.

Kumpulan itu kini berdepan tuduhan cubaan membunuh.

Linzhou.

 ??  ??
 ??  ?? ZHAO kini dirawat di hospital. - DM LELAKI bernama Li mengaku memberi mangsa ubat pelali. - DM
ZHAO kini dirawat di hospital. - DM LELAKI bernama Li mengaku memberi mangsa ubat pelali. - DM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia