Harian Metro

DEMI PERTAHAN MARUAH

- Agensi

„ Budak perempuan 10 tahun dibakar, dicampak

dalam perigi buta oleh dua lelaki

Seorang budak perempuan berusia 10 tahun dibakar hidup-hidup sebelum dicampak ke dalam perigi buta oleh dua lelaki yang berang apabila dia melawan ketika mereka cuba merogolnya.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal susulan kejadian di Jharkhand, timur India itu.

Menurut polis, mangsa sedang bermain di luar rumahnya di kampung Kandra ketika dihampiri dua lelaki terbabit yang membawa manisan dan cuba memujuknya mengikut mereka.

Mangsa bagaimanap­un enggan berbuat demikian dan apabila dia mula melawan, mereka mengheretn­ya ke kawasan kuari berhampira­n dan cuba merogolnya.

Hindustan Times melaporkan, apabila kanak-kanak itu cuba melarikan diri, dua lelaki berkenaan menyimbahn­ya dengan minyak tanah dan menyalakan api sebelum mencampakn­ya ke dalam perigi buta.

Mangsa bernasib baik apabila seorang wanita yang lalu di situ tidak lama kemudian mendengar jeritannya dan menariknya keluar dengan bantuan penduduk lain sebelum kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital dengan kesan lecuran 60 peratus pada badannya.

Dua lelaki itu kini diburu polis atas tuduhan rogol dan cubaan membunuh. Lima suspek sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Polis turut menemui bekas minyak, mancis dan pakaian mangsa yang terbakar tidak jauh dari tempat kejadian.

Pegawai polis, Sumeet Kumar berkata: “Apa sebenarnya berlaku masih belum dapat dipastikan.

“Anehnya tiada siapa melihat kejadian itu, walaupun ia berlaku pada waktu siang dan kawasan berkenaan tidak terpencil.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia