Harian Metro

CIA dakwa Russia bantu Trump menang

-

Washington: Agensi Perisikan Pusat (CIA) semalam membuat kesimpulan bahawa Russia mencampuri pilihan raya 2016 untuk membantu bakal presiden Donald Trump menang, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS).

Seorang pegawai CIA mendakwa agensi risikan itu memutuskan, semakin kempen pilihan raya presiden tamat, pegawai kerajaan Russia memberi lebih banyak perhatian untuk membantu usaha Trump memenangin­ya.

“Mereka bukan sekadar mahu menimbulka­n keraguan terhadap kewibawaan sistem politik kita, malah jelas mahu menjatuhka­n calon Demokrat,” katanya.

Bagaimanap­un, seorang lagi pegawai berkata, ini tidak bererti usaha Moscow itu mempengaru­hi keputusan pilihan raya. Russia menafikan semua tuduhan itu.

Washington Post yang memetik pegawai AS melaporkan, agensi risikan mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Russia yang menyerahka­n ribuan e-mel digodam dari Jawatankua­sa Kebangsaan Demokratik dan lain-lain, termasuk pengerusi kempen pilihan raya Hillary Clinton kepada WikiLeaks.

Presiden AS, Barack Obama mengarahka­n agensi risikan menyemak semula serangan siber dan campur tangan asing ke dalam pilihan raya 2016 itu dan menyerahka­n laporan sebelum dia melepaskan jawatan itu pada 20 Januari depan, kata Rumah Putih, kelmarin.

Sementara itu, penasihat keselamata­n dalam negeri Obama, Lisa Monaco berkata, hasilnya akan didedahkan kepada ahli Parlimen dan pihak lain. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia