Harian Metro

Rancang serang istana presiden

-

Jakarta: Polis Indonesia mengosongk­an sebuah kejiranan di pinggir Jakarta semalam selepas menemui bom dalam serbuan terhadap sekumpulan orang disyaki militan yang merancang serangan ke atas istana presiden.

Jurucakap polis kebangsaan, Boy Rafli Amar berkata, penduduk dalam lingkungan 300 meter rumah yang diserbu di Bekasi itu diarahkan berpindah.

Boy Rafli berkata, dua lelaki dan seorang wanita ditahan dalam kejadian itu, manakala bom berkenaan ditemui di dalam periuk nasi.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek disyaki sebahagian daripada rangkaian pengganas yang dikaitkan dengan makmal membuat letupan yang diserbu di Jawa Barat, bulan lalu di mana beberapa orang turut ditangkap kerana dipercayai merancang serangan bom di Jakarta termasuk di Parlimen serta kedutaan Myanmar.

Sementara

itu, Ketua Polis Bekasi Umar Surya Fana berkata, dua suspek ditahan sejurus keluar dari rumah terbabit. Manakala seorang lagi ditahan di dalam kediaman berkenaan.

“Mereka merancang serangan terhadap istana presiden,” katanya. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia